Monday 24 August 2015

Makmal matematik


MAKMAL MATEMATIK
CADANGAN MAKMAL MATEMATIK

Sejak peradaban manusia bermula, matematik memainkan peranan yang penting dalamkehidupan seharian. Bidang matematik terus relevan dengan perubahan peradaban manusiadan menjadikan matematik sebagai satu subjek yang sangat penting dalam sistern pendidikandi seluruh dunia. Bagaimanapun, matematik sering dilihat sebagai satu mata pelajaran yangsukar, membosankan dan tidak menarik jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain sepertibahasa, sastera, latihan fizikal dan lain-lain. Pihak sekolah perlu usaha bagi menjadiakan aktivitipengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan bermakna. Pihak sekolah boleh menyediakankemudahan-kemudahaan seperti makmal matematik, sudut matematik dan taman matematik dikawasan sekolah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.


Makmal matematik ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan akademik kepada murid agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalamkursus-kursus matematik yang diikuti. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti menyediakan tutorial, bahan rujukan tambahan dan mengakses laman web yang bersesuaian. Makmal matematik memainkan pelbagai peranan dan fungsi dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antaranya, fungsi terhadap pembelajaran murid, pengajaran dan peyelidikan dalam metematik. Dari sudut fungsi terhadap pembelajaran makmal boleh menjadi pusat membantu pelajar yang lemah dalam asas matematik dan pusat pembelajaran matematik. Hal ini akan membantu murid mendapat pembelajaran di tempat yang kondusif dan selesa. Selain itu, makmal matematik juga bertindak sebagai tempat menyimpan dan mempaparkan bahan resos metematik untuk rujukan pelajar. Murid juga boleh menggunakan komputer untuk mendalami ilmu matematik seperti menggunakan MATLAB,GSP dan lain-lain. Dengan kata lain, makmal ini merupaka sumber bagi memperkayakanpengetahuan murid. Seterusnya makmal matematik juga berfungsi terhadap pengajaran dimanaia menjadi pusat sumber bahan pengajaran guru dan tempat melakukan eksperimen atausimulasi untuk membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih baik. Makmalyang melengkapi dengan keperluan untuk mengajar akan membant guru menjalankan prosespengajaran dan pembelajaran yang baik.

Susunan ruang fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Reka bentuk makmal perlumemastikan aspek mempermudahkan dan meningkatkan kecekapan dan berkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Makmal ini juga perlu merangkumi ruang yang luas bagi muridmemperoleh pendidikan dalam persekitaran yang kondusif. Selain itu, ciri-ciri keselamatan jugaperlu dititikberatkan kerana makmal ini mempunyai peralatan yang banyak dan mahal.

Sudut matematik direka untuk menyokong proses pembelajaran matematik dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. Bagi mebentuk sudut ini kita hanya memerlukan ruang yang kecil dihadapan atau dibelakang bilk darjah, dibawah tangga dan sebagainya. Sudut ini juga dikenali sebagai makmal matematik mini dimana memainkan peranan yang lebih kecil berbandingdengan makmal matematik.Sudut matematik berfungsi sebagai pusat maklumat, iaitu pelbagai maklumat berkaitan dengan kandungan matematik boleh diperolehi dari sudut matematik ini. Maklumat – maklumat seperti sifir, melihat masa, mengguna wang dan sebagainya akan membantu murid untuk lebih  faham ajaran guru. Maklmat - maklumat tersebut boleh berbentuk elektronik seperti CD-rom atau bukan elektronik seperti buku,majalah dan poster. Sudut matematik ini juga berfungsi sebagai pusat pameran. Guru boleh mempamerkan hasil kerja matematik murid di sudut matematik. Iniakan membantu para pelajar mencungkil minat untuk menghasil kerja yang kreativif dan inovatif. Selain itu, murid-murid lain juga akan mendapat motivasi dari mempamerekan hasilkerja murid bagi menghasil kerja yang berkualiti dan akan menarik murid memberi tumpuandalam pengajara metematik. Sudut matematik juga berperanan sebagai pusat penerokaan.Pelajar boleh meluahkan masa rehat dengan berfeadah melalui sudut matematik ini. Guru boleh menyediakan permaian seperti ‘snake and ladder’, soduku, ken-ken dan sebagainya yangberkaitan dengan matematik. Dengan ini murid boleh memperolehi ilmu matematik denganmudah dan cepat. Aktiviti penerokaan matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid sama ada secara berkumplan atau individu. Selain fungsi diatas, sudut matematik juga bermainperanan sebagai tempat menyimpan dam mempamerkan resos matematik, murid-murid akanmenjalani aktiviti sponge dan pengayaan.

No comments:

Post a Comment