Monday 10 August 2015

Papan Putih Interaktif

Papan putih Interaktif 
 
    Pengajaran dan pembelajaran terbantukan papan putih dan projektor adalah cara yang mudah dan biasa digunakan di kalangan pensyarah kini. Peningkatan teknologi terus membantu pensyarah dalam proses pengajaran dimana tenaga pengajar menerapkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan interaktiviti dan minat dalam penerimaan maklumat. Antaranya pengunaan video streaming, muat turun video aplikasi youtube, paparan rakaman video, rakaman langkah demi langkah pengajaran aplikasi perisian, proses pengajaran menggunakan ipad, tablet dan telefon pintar.Papan putih interaktif bukanlah sesuatu yang asing tapi penggunaannya mungkin asing bagi sesetengah tenaga pengajar.Manakala teknologi papan putih yang selalu didengar dan dilihat adalah IVBoard atau                                           Smartboard.      
                    Mengetahui keberkesanan inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan aplikasi wiimote whiteboard, serta menilai kewujudan perubahan minat pelajar dalam proses pengajaran seterusnya membantu peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran secara dua hala. Papan putih interaktif bukan sekadar perkakasan IT, tetapi apabila digandingkan dengan perisian interaktif yang baik dan mesra pengguna, connectivity, akses jalur lebar yang berkesan serta latihan kepada guru, ia berupaya untuk mengubahkan pendekatan, mood dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.(Utusan Malaysia, 2009)

    Pada masa kini, teknologi berkembang dengan sangat pantas. Ia secara tidak langsung memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh Malaysia. Salah satu perkembangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pengunaan papan puith interaktif didalam kelas. Papan putih interkatif dilihat menjadi pilihan utama para pelajar semsas proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007). Berdasarkan keutamaan, peserta-peserta bengkel BETT dari pelbagai negara telah ditanya tentang teknologi apakah yang mereka harapkan dapat disediakan di sekolah mereka. Hasil soal selidik mendapati, hampir 70 peratus menyatakan interactive whiteboard atau papan putih interaktif (IWB) perlu diberi keutamaan dalam setiap sekolah.  (Utusan Malaysia, 2009)    
    Penggunaan multimedia dalam proses pengajran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar  dan ini menyebabkan mereka lebih berminat untuk berinteraksi serta memberi tumpuan yang lebih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat, 2006). Pengunaan perisian pendidikan yang menyaksikan pelbagai bentuk imej dan gambaran dipaparkan di dalam kelas dapat membantu bagi memudahkan pemahaman para pelajar terhadap sesuatu perkara dan mengurangkan kebergantungan pada sistem yang sediada. (Claire Knight, 2000). Usaha-usaha perlu dilaksanakan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengjaran dan pembelajaran. (Siti Faizzatul Aqmal, 2011).   
     Kepelbagaian dalam pengunaan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih interaktif dan seterusnya menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan. (Siti Faizzatul Aqmal, 2011). Penggunaan audio, visual, grafik dan kepantasan teknologi simulasi telah memberi impak yang signifikan kepada pelajar. Ini menunjukkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan pada masa kini. (Siti Faizzatul Aqmal, 2011).Penggunaan teknologi sebenarnya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di sekolah. (Sandholt, J., 1997). Penggunaan teknologi digital sememangnya sesuatu yang berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional yang lain. (Prensky, 2001).Penggunaan Wiimote Whiteboard    
   Kaedah perlaksanaan perisian wiimote whiteboard di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memerlukan pemain wii atau wii remote sebatang pen infrared yang boleh dibuat sendiri , komputer bimbit sebuah projektor  dan perisian percuma wiimote whiteboard. Komponen-komponen tersebut akan menghasilkan papan putih interaktif dan kosnya jauh lebih rendah berbanding membeli sebuah smartboard. Beban kewangan menjadi lebih rendah kerana kebanyakan pengguna atau tenaga pengajar sudah mempunyai komputer riba dan projektor sudah terpasang di dalam kelas.Kaedah paparan ini dihasilkan oleh Johhny Lee Chung untuk memudahkan tenaga pengajar diseluruh dunia.Kaedah ini adalah satu inovasi yang boleh diadaptasi dalam penggunaan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan kursus Senibina.    
    Papan putih interaktif adalah satu inovasi yang telah wujud, tetapi kaedah yang digunapakai adalah satu inovasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Senibina, tetapi tidak semua kursus perlu menggunakan papan putih interaktif ini.Penggunaannya masih terhad kepada kreativiti tenaga pengajar yang menggunakannya.Penggunaan papan putih interaktif ini dapat membantu, khususnya dalam kuliah yang melibatkan penggunaan powerpoint atau pengajaran yang melibatkan perisian seperti Adobe Photoshop. Pendekatan yang digunakan lebih kepada penggunaan dalam pengajaran yang melibatkan powerpoint. Adakala pensyarah memerlukan papan putih untuk melakar atau menerangkan dengan lebih lanjut tentang suatu pengajaran, maka pensyarah perlu menekan butang untuk menaikkan kembali skrin projektor.Maka dengan adanya papan putih interaktif, pensyarah mampu untuk melakarkan penerangan hanya diatas papan putih interaktif seterusnya memudahkan sesi pengajaran. Namun papan putih interaktif ini perlu disetkan sebelum aktiviti pengajaran dijalankan agar  boleh digunakan semasa kelas berlangsung.    Proses pembelajaran menggunakan wiimote whiteboard ini masih ditahap percubaan dimana pengunaannya sangat terhad kepada subjek-subjek tertentu sahaja. Aplikasi penggunaan papan putih interaktif ini masih di dalam proses penambahbaikan. Bagaimanapun, ia telah mendapat respon yang positif dari pelajar-pelajar. Teknologi wiimote whiteboard ini dilihat berkesan dalam membantu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan bersifat dua hala. Namun, masih wujud kekangan dalam keberkesanan perisian ini. Ini kerana sambunganan bluetooth  di antara wiimote dan komputer riba yang kadangkala terputus membataskan penulisan yang lebih pantas di atas papan putih berkenaan.Melalui pemerhatian yang dijalankan, penggunaan teknologi ini mampu menggalakkan proses pembelajaran dua hala di antara pelajar dan pensyarah dengan menggunakan perisian wiimote whiteboard sebagai medium perantaraan. Pelajar cenderung untuk memberi tindak balas dan seterusnya menjawab soalan di papan putih secara sukarela. Malah keinginan pelajar untuk menjawab soalan adalah lebih tinggi kerana mereka berminat untuk mencuba teknologi papan putih tersebut.Perubahan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran turut terserlah. Pelajar cenderung untuk hadir ke kelas bagi menyertai proses pembelajaran dengan wujudnya sesuatu yang baru didalam kelas khususnya pengunaan teknologi wiimote whiteboard. Hasil yang didapati adalah sangat positif kerana ia mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa aktif didalam kelas semasa penyampaian pengajaran dan pembelajaran.    Pelaksanaan wiimote whiteboard dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah inisiatif tenaga pengajar untuk memastikan kelangsungan penggunaan teknologi ini diteruskan. Tenaga pengajar perlu proaktif dan sentiasa sensitif terhadap teknologi dan keperluan pelajar. Tarikan utama kepada aplikasi wiimote whiteboard ini adalah kerana kosnya yang sangat mampu dimiliki oleh setiap tenaga pengajar berbanding teknologi smartboardyang menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit setiap satu. 

No comments:

Post a Comment